All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

Jobs Overview

  • Taraf Personel MySTEP
  • Gaji RM1,900 - RM2,100
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 10, 2026
  • Lokasi penempatan Putrajaya

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagaimana berikut.

1. Pereka Grafik
2. Pembantu Tadbir (AM)

Tarikh tutup permohonan 10 Oktober 2026 (Sabtu).
Lokasi penempatan : SPR Putrajaya
Sektor : Badan Berkanun/ Kerajaan

1. Jawatan : Pereka Grafik
Kadar Upah : RM2,100.00 Sebulan
Kelayakan : Diploma atau kelayakan yang setaraf dengannya
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO.

Tugas dan Tanggungjawab

• Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti luar ke atas kempen-kempen dalam bentuk visual dan paparan bagi kerja yang berkaitan dengan seni dalam usaha memasarkan maklumat kepada rakyat.
• Bertanggungjawab dalam mencipta rekaan untuk persembahan dan props produksi.
• Menyelaras, merancang, menyedia reka bentuk bahan-bahan penerbitan.
• Bertanggungjawab memastikan pentas persembahan, persiapan upacara sambutan ketibaan tetamu serta menyelaras bahan promosi ke negeri-negeri, di majalah, radio dan majlis sidang media.

2. Jawatan : Pembantu Tadbir (AM)
Kadar Upah : RM1,900.00 Sebulan
Kelayakan : SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO.

Tugas dan Tanggungjawab

Tugas pentadbiran am, pengurusan fail/dokumen, perkhidmatan kaunter, penyediaan laporan, pengurusan stok alatulis & stem pos, pengurusan cuti, dan tugas-tugas operasi lain yang berkaitan dengan fungsi jabatan, memastikan kelancaran urusan pentadbiran harian dan sokongan kepada pegawai. Ia melibatkan penerimaan, pendaftaran, pengedaran surat/dokumen, menaip, penyelenggaraan rekod, dan pengurusan stok/inventori.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi di laman Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs. Sila ikuti panduan permohonan di MYFutureJobs di bawah.

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah sehingga 10 Oktober 2026 (Sabtu).
**Perhatian: Tarikh tutup permohonan yang dinyatakan adalah tidak akurat dan tarikh tersebut hanyalah jangkaan dari pihak kami. Sekiranya iklan jawatan telah dihapuskan pada laman MYFutureJobs bermakna jawatan yang diiklankan telah ditutup. Sila layari dan mohon sekarang pada pautan yang diberikan di bawah.

Cara Membuat Permohonan di MYFutureJobs
  1. Sila ke laman > MYFutureJobs

  2. Kemudian sila ke Menu Bar dan klik Find Jobs / Cari Pekerjaan.

  3. Pada ruangan carian sila masukkan katakunci 'Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia' dan tekan button 'Search'.

  4. Klik pada jawatan yang ingin dimohon.

  5. Tekan button 'Apply' dan sila login atau daftar baru (bagi pemohon yang belum mendaftar) untuk membuat permohonan jawatan.