All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2025

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM2,418 - RM9,607
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup March 18, 2025
  • Lokasi penempatan Kuala Lumpur

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Syariah Gred LS9

Tarikh tutup permohonan 18 Mac 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : SKM Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pegawai Syariah Gred Jawatan LS9
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Professional
Klasifikasi Perkhidmatan : Syariah (LS)
Jawatan : Penyelidikan dan Sekretariat, Dasar Kehematan & Operasi dan Pematuhan
Jadual Gaji : RM2,418.00 – RM9,607.00
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan 

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) kelayakan :

i. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Syariah/ Muamalat/ Perbankan dan Kewangan Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA CALON
  • Minimum 1 tahun pengalaman bekerja dalam industri Perbankan dan Kewangan Islam, Syariah dan pengkhususan Penyelidikan dan Sekretariat, Dasar Kehematan & Operasi dan Pematuhan.
  • Berpengalaman dalam menilai pelbagai sekuriti produk, strategi dan amalan syariah terbaik.
  • Berpengalaman menyediakan rangka kerja perancangan strategik yang berlandaskan Syariah.
  • Berpengetahuan dalam perundangan Syariah seperti Islamic Financial Services Act 2013(IFSA) dan Islamic Capital Market And Services Act 2015.
  • Berpengalaman dalam persekitaran regulator/ pelaburan/ perbankan yang berlandaskan Syariah adalah satu kelebihan.
Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Fungsi Bidang Tugas Dan Tanggungjawab

Membantu merumus dasar mengenai perkara berhemat dan melaksanakan dasar setelah diluluskan oleh pengurusan tertinggi, membantu menjalankan kajian penanda aras yang dilaksanakan oleh badan kawalselia lain dan menjalankan analisa trend dan perkembangan industri serta mengenalpasti ruang penambahbaikan, membantu memantau keberkesanan dasar dan kerap mengendalikan sesi konsultansi dengan industri bagi mengenalpasti isu kawalselia semasa yang dihadapi oleh industri agar sentiasa patuh Syariah.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan hendaklah membuat permohonan jawatan secara onlone di Sistem eKerjaya SKM, sila kepautan yang diberikan di bawah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Mac 2025 (Selasa).

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel yang dinyatakan semasa mendaftar.

Pautan

Permohonan jawatan secara online disini

Post a Comment