Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2025
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup March 20, 2025
- Lokasi penempatan Terengganu
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagaimana berikut.1. Pegawai Eksekutif 3 Gred PE.3 N9
2. Pegawai Laut AL9
3. Pegawai Pertanian G9
4. Pegawai Sains C9
5. Pegawai Eksekutif 4 Gred PE.4 N5
6. Penolong Jurutera JA5
7. Penolong Pegawai Perikanan G5
8. Penolong Pegawai Sains C5
9. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5
10. Pegawai Eksekutif 5 (Kesetiausahaan/Setara N1)
11. Pegawai Eksekutif 5 Gred PE.5 (Juruaudio Visual/Setara N1)
12. Pegawai Eksekutif 5 Gred PE.5 (Pentadbiran/Setara N1)
13. Pembantu Kemahiran H1
14. Pembantu Keselamatan KP1
15. Pembantu Khidmat Am H1
16. Pembantu Laut A1
17. Pembantu Makmal C1
18. Pembantu Perikanan G1
Tarikh tutup permohonan 20 Mac 2025 (Khamis).
Lokasi penempatan : UMT Terengganu
Sektor : Badan Berkanun
Umur
- Pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Had umur pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 58 tahun.
- Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
- Pemohon adalah disarankan membaca syarat-syarat kelayakan/lantikan dengan teliti sebelum membuat permohonan.
- Pemohonan yang memenuhi syarat kelayakan, melepasi tapisan yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
- Panggilan temuduga akan dimaklumkan melalui emel/surat yang telah didaftarkan. Pemohon disarankan sentiasa menyemak emel bagi mengetahui status terkini permohonan masing-masing.
- Pemohon-pemohon yang TIDAK MENERIMA SEBARANG JAWAPAN SELEPAS (6) BULAN dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan anda adalah TIDAK BERJAYA.
- Keputusan pemilihan calon oleh Pihak Pengurusan UMT adalah muktamad.
1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui myJob UMT (sila kepautan yang diberikan di bawah).
2. Pemohon boleh memohon dua (2) jawatan sahaja dalam satu iklan.
3. Pemohon boleh mengemaskini maklumat sebelum tarikh tutup iklan. Semasa mengemaskini maklumat, sila pastikan anda menekan butang “Simpan” supaya pengemaskinian dilaksanakan.
4. Pemohon perlu memastikan maklumat yang diberi adalah benar dan tepat. Sekiranya didapati maklumat adalah palsu atau terdapat cubaan menyembunyikan maklumat benar, maka pihak UMT boleh mengambil sebarang kemungkinan tindakan berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa.
5. Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat akan diproses.
6. Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen kepada pihak UMT selepas mengisi permohonan online.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Mac 2025 (Khamis).
Pautan
Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini
Post a Comment