Jawatan Kosong MPHTJ Januari 2025
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM2,250 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup January 27, 2025
- Lokasi penempatan Melaka
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) 2025. Permohonan adalah dipelawa daipada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka yang berumur tidak kurang 18 tahun dari tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebagaimana berikut.1. Arkitek J9
2. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J9
3. Juruukur Bahan J9
4. Pegawai Tadbir N9
5. Pegawai Kesihatan Persekitaran U9
Tarikh tutup permohonan 27 Januari 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : MPHTJ Melaka
Sektor : Badan Berkanun
Cara Memohon
i. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.
ii. Iklan Jawatan Kosong dan Syarat Kelayakan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
iii. Semua permohonan jawatan dimestikan menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara dalam talian (online) melalui google form. Sila ke pautan yang diberikan yang diberikan di bawah.
iv. Pemohon mestilah memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon sebelum memohon jawatan. Skim perkhidmatan boleh dirujuk pada Iklan Jawatan Kosong.
v. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan Kad Pengenalan, sesalinan Sijil Kelahiran, gambar terkini berukuran pasport dan sijil-sijil kelayakan akademik. Sila pastikan setiap dokumen tersebut hendaklah DISAHKAN. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan serta tidak disahkan akan ditolak dengan serta merta.
vi. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi disertakan bersama.
vii. Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Januari 2025 (Isnin) jam 5.00 petang.
Peringatan
i. Sila pastikan setiap dokumen yang dimuat naik hendaklah LENGKAP dan DISAHKAN.
ii. Calon yang layak perlu menduduki Ujian Kecergasan dan Fizikal serta Ujian Kompetensi dan ujian-ujian lain yang akan dimaklumkan tarikhnya kelak.
iii. Hanya calon yang berjaya dalam ujian tersebut sahaja akan dipanggil untuk menjalani peringkat temuduga.
iv. Segala pemakluman dan panggilan akan dibuat menerusi emel yang didaftarkan pada borang jawatan kosong.
v. Pemohon-pemohon yang tidak menerima apa-apa surat pemakluman dan panggilan, apa-apa temuduga atau apa-apa tawaran pelantikan daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya selepas satu (1) tahun dari tarikh tutup iklan jawatan kosong ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
vi. Pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.
vii. Calon yang dilantik perlu akur terhadap penempatan /tempat bertugas yang ditentukan dari semasa ke semasa demi kepentingan MPHTJ.
Pautan
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Permohonan jawatan secara online disini
Post a Comment