Jawatan Kosong Yayasan Sarawak 2025
Juruaudit Gred W9
Yayasan Sarawak
Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM2,250 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup February 02, 2025
- Lokasi penempatan Sarawak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Yayasan Sarawak 2025. Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Sarawak sebagaimana berikut.1. Juruaudit Gred W9
Tarikh tutup permohonan 2 Februari 2025 (Ahad).
Lokasi penempatan : Sarawak
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Juruaudit Gred W9
Kelayakan dan Syarat Lantikan
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
- Lulus peperiksaan akhir Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; ATAU
- Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA); DAN
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 (dua) tahun dalam bidang yang berkaitan.
- Berintegriti tinggi, action-oriented, sense of urgency, keperibadian yang dinamik, efisien, proaktif, berfikiran positif, sanggup menerima cabaran dan mampu bekerja secara berdikari dan dalam kumpulan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum atau aktiviti kemasyarakatan.
Melaksanakan tugas memeriksa dan menilai kesahihan keadaan kewangan organisasi dan memastikan proses perakaunan yang dilakukan oleh organisasi adalah tepat dan sah. Menghasilkan laporan yang terperinci dan memberikan cadangan untuk meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem kewangan organisasi. Memastikan bahawa organisasi mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta memantau proses audit dalaman untuk memastikan kepatuhan dan integriti organisasi.
Cara Memohon
1. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon secara online melalui pautan yang diberikan di bawah pada atau sebelum 2 Februari 2025 (Ahad).
2. Dengan mengemukakan permohonan, anda telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada Yayasan Sarawak untuk memproses data peribadi anda selaras dengan Personal Data Protection Act 2010 (PDPA).
3. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklumbalas daripada Yayasan Sarawak selepas 3 (tiga) bulan daripada tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
4. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima dan berlaku pemalsuan maklumat serta dokumen akan menyebabkan permohonan anda ditolak.
Pautan
4. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima dan berlaku pemalsuan maklumat serta dokumen akan menyebabkan permohonan anda ditolak.
Pautan
Permohonan jawatan secara online disini
Post a Comment