Jawatan Kosong HPKK UKM - Personel MySTEP
Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK UKM)
Jobs Overview
- Taraf Personel MySTEP
- Gaji RM1,700
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup January 12, 2025
- Lokasi penempatan Kuala Lumpur
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf MySTEP di Hospital Pakar Kanak-kanak UKM sebagaimana berikut.1. Personel MySTEP
Kelayakan Pendidikan : SPM
Kadar Upah : RM1,700 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan Perkeso.
Tempoh Lantikan : 1 bulan (minimum) dan tidak melebihi 31 Disember 2025
Tarikh tutup permohonan 12 Januari 2025 (Ahad).
Lokasi penempatan : HPKK UKM Kuala Lumpur.
Sektor : Badan Berkanun
Syarat Lantikan
Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Telah mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap dan mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
- Calon yang diperakui sihat oleh Ketua Jabatan (tidak memerlukan pengesahan oleh pengamal perubatan berdaftar)
- Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik
- Mempunyai latar belakang pentadbiran/pengurusan
- Mahir menggunakan komputer dan perisian Microsoft Office
- Rajin, sistematik & berdedikasi
Skop Tugas
- Membantu menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas di bahagian yang berkenaan
- Kerja-kerja berkaitan yang diarahkan dari semasa ke semasa
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menyertakan Resume, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil Vaksinasi dan Salinan Sijil SPM berserta sijil-sijil berkaitan ke alamat emel berikut : upkphpkk@hctm.ukm.edu.my
Tarikh tutup permohonan 12 Januari 2025 (Ahad).
(Hanya calon yang layak sahaja akan dihubungi untuk temu duga. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang pemakluman selepas 4 bulan daripada tarikh tutup permohonan)
Post a Comment