All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Terengganu

Mohon Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan 2025

Program Rumah Harapan Rakyat (RHR) Negeri Sembilan kini dibuka untuk permohonan bermula 20 Disember 2024 sehingga 21 Mac 2025.

Mohon Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan 2025

Program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan 2025

Program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan 2025

Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021. Program ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.

Bagi tahun 2025, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM85,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM75,000.00 sahaja. Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).

Berikut adalah kadar dan pengiraan Rumah Harapan Rakyat
  • Harga Seunit - RM85,000.00
  • Subsidi Kerajaan Negeri - RM10,000
  • Pinjaman Pembiayaan - RM75,000.00
  • Bayaran Deposit 5% - RM3,750.00
  • Bayaran Balik - RM238.00 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)
  • Pembiayaan Tanpa Faedah
Pemohon boleh memuat turun Iklan, Nota Maklumat dan Borang Permohonan di pautan yang tertera di bawah.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
(BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK)
23-H, TINGKAT 1, JALAN ZAABA,
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
Tel: 06 761 6871 Faks: 06 761 6877

Muat turun

Muat turun poster iklan disini

Muat turun borang permohonan disini

Muat turun nota dan syarat kelayakan disini

Lampiran

Muat turun Borang Pengesahan Pendapatan (Bagi Bekerja Sendiri) Disini

Muat turun Borang Akuan Pemilik Tanah Disini

Muat turun Surat Kebenaran Menghubungi LHDN/KWSP/Bank/Agensi-Agensi Lain Berkaitan Untuk Mendapatkan Maklumat-Maklumat Peribadi Bagi Program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan Disini

Post a Comment