Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Pegawai Tadbir Aktuari Gred 23
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak / Tetap Dan Tidak Berpencen
- Gaji RM3,300 - RM20,300
- Dikemaskini pada
- Lokasi penempatan Kuala Lumpur
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan betaraf Kontrak / Tetap Dan Tidak Berpencen di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagaimana berikut.1. Pegawai Tadbir Aktuari Gred 23
Tarikh tutup permohonan : Terbuka
Lokasi penempatan : Ibu Pejabat PERKESO, Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Pegawai Tadbir Aktuari Gred 23
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda (Dalam bidang berkaitan)
Kekosongan : Dua (2)
Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap Dan Tidak Berpencen
Lingkungan Gaji : RM3,300.00 – RM20,300.00
a) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Aktuari, Statistik, Matematik, Ekonomi, Kewangan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;dan
b) Lulus Bahasa Malaysia termasuk Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
c) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kemajuan dalam kelayakan profesional aktuari daripada Society of Actuaries (SOA), Institute and Faculty of Actuaries (IFoA), Casualty Actuarial Society (CAS) atau badan profesional aktuari lain yang diiktiraf;
d) Mempunyai keupayaan analitikal dan penyelesaian masalah yang baik, pengetahuan atau pengalaman dalam analisis kuantitatif, pemodelan, statistik atau analisis data;
e) Berkebolehan menggunakan perisian atau alat analitik yang bersesuaian serta mempunyai kesediaan untuk mempelajari kaedah dan teknologi baharu serta berkebolehan menyampaikan hasil analisis dengan jelas dalam bentuk penulisan dan pembentangan.
f) Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja; dan
g) Bermotivasi tinggi, boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.
Tugas dan Tanggungjawab
1) Melaksanakan penilaian dan pemodelan aktuari
2) Menyediakan unjuran dan analisis kewangan skim
3) Menjalankan analisis bagi pembangunan dan penambahbaikan skim
4) Menyediakan data dan analisis untuk menyokong keputusan
1. Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi di laman Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs. Sila ikuti panduan permohonan di MYFutureJobs di bawah.
Tarikh tutup permohonan adalah tidak dinyatakan dan terbuka.
Cara Membuat Permohonan di MYFutureJobs
-
Sila ke laman > MYFutureJobs
-
Kemudian sila ke Menu Bar dan klik Find Jobs / Cari Pekerjaan.
-
Pada ruangan carian sila masukkan katakunci 'Pertubuhan Keselamatan Sosial' dan tekan button 'Search'.
-
Klik pada jawatan yang ingin dimohon.
-
Tekan button 'Apply' dan sila login atau daftar baru (bagi pemohon yang belum mendaftar) untuk membuat permohonan jawatan.