Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) 2025
Majlis Perbandaran Manjung (MPM)

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM1,650 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup April 08, 2025
- Lokasi penempatan Perak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sebagaimana berikut.1. Penolong Pegawai Tadbir N5
Tarikh tutup permohonan 08 April 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : MPM Perak
Sektor : Badan Berkanun
Cara Memohon
1. Permohonan jawatan hendaklah dipohon secara atas talian (online) melalui sistem permohonan jawatan kosong di Digital Perak (sila kepautan yang diberikan di bawah)
Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 April 2025 (Selasa).
Catatan Am
(a) Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian/temu duga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian/temu duga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan dokumen berikut semasa dipanggil untuk sesi ujian/temu duga:
- Satu salinan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini
- Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini
- Surat Perakuan Ketua Jabatan sama ada menyokong permohonan jawatan tersebut.
Iklan dan permohonan jawatan secara online di Perak Digital 2.0 disini
Post a Comment