All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jempol (MPJL)

Majlis Perbandaran Jempol (MPJL)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM5,500
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup Januari 10, 2025
  • Lokasi penempatan Negeri Sembilan

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Jempol (MPJL). Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Tadbir N5
2. Penolong Jurutera JA5
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
4. Pembantu Tadbir (P/O) N1
5. Pembantu Khidmat Am H1

Tarikh tutup permohonan 10 Januari 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MPJL Negeri Sembilan.
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Borang permohonan boleh dimuat turun (secara percuma) pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

3. Setiap permohonan mestilah disertai dengan salinan sijil-sijil dan mengikut susunan berikut :

i) Salinan Kad Pengenalan
ii) Salinan Surat Beranak
iii) Salinan Sijil SPM/ SVM/ STPM/ STAM atau setaraf
iv) Salinan Sijil / Diploma atau setaraf
v) Salinan Semakan Pengiktirafan Kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. (Semakan melalui http://pengiktirafan.jpa.gov.my)
vi) Setiap pemohon WAJIB hadir dan LULUS semua ujian yang ditetapkan sebelum disenarai pendek bagi menghadiri temuduga

4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya

5. Pentadbiran MPJL tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

6. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Januari 2025 (Jumaat).

7. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya:

a) Borang permohonan tidak lengkap
b) Tidak memenuhi syarat iklan

Muat turun

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Post a Comment