Jawatan Kosong PERPUSTAM Disember 2024
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Jobs Overview
- Taraf kontrak
- Gaji RM1,600 - RM3,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup December 13, 2024
- Lokasi penempatan Melaka
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM). Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak / Contract For Service (CFS) di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) sebagaimana berikut.1. Pembantu Pustakawan S1
2. Pembantu Khidmat Am H1
3. Pembantu Pustakawan S1 - CFS
Tarikh tutup permohonan 13 Disember 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : PERPUSTAM Melaka.
Sektor : Badan Berkanun
Cara Memohon
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong PERPUSTAM. Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
b. Pemohon hendaklah mencetak dan mengisi borang permohonan dengan lengkap. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
c. Borang permohonan perlulah disertakan dengan gambar terbaharu berukuran passport dan setiap dokumen yang disertakan MESTI DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional)/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung.
d. Salinan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
i. Salinan Sijil Kelahiran
ii. Salinan Kad Pengenalan
iii. Salinan sijil akademik/ kemahiran daripada Institut Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS), persekolahan dan transkrip akademik yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan.
iv. Lain-lain dokumen sokongan berkaitan.
e. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.
f. Borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran dan kehilangan dokumen dan dimasukkan ke dalam sampul surat serta mencatatkan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri atas sampul surat.
g. Permohonan yang berikut akan ditolak :-
i. Tidak menggunakan borang PERPUSTAM
ii. Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan
iii. Tidak lengkap atau tidak terang
iv. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
v. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat
vi. Tidak ditandatangani dan tiada pengesahan dokumen-dokumen yang diperlukan.
vi Diterima selepas daripada permohonan ditutup
Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
242-1 Jalan Bukit Baru
75150 Melaka.
Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 13 Disember 2024 (Jumaat).
Catatan Am
a. Borang yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga melalui panggilan telefon / email dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan ditutup.
b. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c. Bagi calon yang dipanggil untuk ditemuduga tetapi tidak menerima apa-apa keputusan selepas enam (6) bulan dari tarikh temuduga hendaklah menganggap mereka tidak berjaya.
Muat turun
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini
Post a Comment