PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim
PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim
Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,650 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup January 13, 2025
- Lokasi penempatan Kedah
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBTTPHTK) 2025. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai latar belakang bidang pengajian undang-undang) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak sepertimana berikut:1. Penolong Pegawai Tadbir N5
Tarikh tutup permohonan 13 Januari 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : Kedah
Sektor : Badan Berkanun
Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang asal dengan memuat turun pada pautan yang diberikan di bawah. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.
2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
YANG DIPERTUA
Pihak Berkuasa Tempatan
Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim
Lot 01-03 KHTP Administrative Centre,
Kulim Hi-Tech Park,
09090 Kulim,
Kedah Darul Aman.
(u/p: Bahagian Pentadbiran)
**Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.
3. Salinan sijil-sijil akademik dan dokumen berkaitan hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional).
Permohonan Yang DITOLAK
Permohonan yang berikut akan ditolak atau tidak akan diproses:
i. Tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan
ii. Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan.
iii. Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap atau tidak jelas.
iv. Borang permohonan tidak ditandatangani.
v. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat.
vi. Borang permohonan dihantar SELEPAS tarikh tutup iklan.
Perhatian
i. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim.
iii. Perbelanjaan untuk menghadiri temuduga ditanggung sendiri oleh pemohon.
iv. TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 13 JANUARI 2025 (ISNIN).
Muat turun
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini
Post a Comment