All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia 2026

Parlimen Malaysia

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup November 02, 2026
  • Lokasi penempatan Kuala Lumpur

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Parlimen Malaysia 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Parlimen Malaysia sebagaimana berikut.

1. Juruaudio Visual Gred N1

Tarikh tutup permohonan 02 November 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan : Juruaudio Visual Gred N1
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji : RM1,500.00 - RM4,680.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
4. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta memperoleh Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Keperluan Tambahan

1. Calon mempunyai pengetahuan asas berkaitan dalam sistem Audio dan Visual dan boleh bekerja secara berpasukan;
2. Berkemahiran mengendalikanm audio mixer, amplifier, loudspeaker, DSP, video switcher, video processor, projector dan LED skrin.
3. Kepakaran dalam mengendalikan audio mixer (analog atau digital).
Sila lampirkan latihan atau kursus dalam bidang AV yang pernah terlibat.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume,salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan SijilBerhentiSekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 9 ke atas).

3. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN 50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)


Tarikh tutup permohonan adalah pada 02 November 2026 (Isnin).

Catatan Am

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat lantikan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini (.doc)