All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Daerah Lipis (MDL)

Majlis Daerah Lipis (MDL)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak Perkhidmatan
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 09, 2026
  • Lokasi penempatan Pahang

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Lipis (MDL) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Pahang yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak Perkhidmatan (Contract Of Service) di Majlis Daerah Lipis (MDL) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Penilaian Gred W1
2. Pembantu Khidmat Am Gred H1

Tarikh tutup permohonan 09 Oktober 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MDL Pahang
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDL/JKP/JAWAT 03/06 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di atas yang dilampirkan dengan iklan dan syarat lantikan.

2. Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat seperti berikut:-

(i) Sekeping gambar terbaharu berukuran pasport iaitu 2.5 sm x 3.8 sm
(tidak dibenarkan gambar yang diimbas atau difotostat);
(ii) Salinan kad pengenalan (depan dan belakang);
(iii) Salinan lesen memandu;
(iv) Salinan surat beranak;
(v) Salinan kad pengenalan bapa dan ibu;
(Sijil mati bagi yang berkenaan)
(vi) Salinan sijil-sijil persekolahan atau salinan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi; dan
(vii) Siji- siji lain yang berkenaan.

3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah DIAKUI SAH.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH LIPIS,
KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN,
27200 KUALA LIPIS,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Permohonan hendaklah diterima oleh pihak Majlis Daerah Lipis sebelum atau selewat-lewatnya pada 09 Oktober 2026 (Jumaat).

Catatan Am

Permohonan akan DITOLAK jika borang permohonan:-

(i) Tidak menggunakan borang MDL/JKP/JAWAT 03/06
(ii) Tiada salinan Sijil Kelahiran
(iii) Tiada salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa.
(iv) Tiada salinan lesen kenderaan. 
(v) Tiada salinan kelulusan pelajaran/peperiksaan.
(vi) Borang permohonan pemohon yang tidak ditandatangani.
(vii) Borang permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak jelas.
(viii) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan.
(ix) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
(x) Salinan sijil tidak diakui sah.
(xi) Gambar pasport tidak disertakan atau gambar difotostat atau diimbas.
(xii) Tidak melengkapkan keterangan mengenai 2 orang saksi serta tiada tandatangan.
(xiii) Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan.

1) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonan tersebut tidak berjaya. Majlis Daerah Lipis tidak akan menanggung perbelanjaan bagi menghadiri temuduga kelak.

Pautan

Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini