Jawatan Kosong Majlis Daerah Gerik
Majlis Daerah Gerik
Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM1,700 - RM4,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup January 03, 2025
- Lokasi penempatan Perak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Gerik (MD Gerik) 2025. Permohonan dipelawa kepada warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat negeri Perak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan serta berinovasi bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Daerah Gerik seperti berikut.1. Penolong Jurutera (Awam) JA5
2. Penolong Pegawai Senibina JA5
Tarikh tutup permohonan 03 Januari 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MD Gerik, Perak.
Sektor : Badan Berkanun
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan melalui borang jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 03 Januari 2025 (Jumaat).
(a) Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH GERIK,
JALAN HAJI MEOR YAHAYA,
33300 GERIK,
PERAK DARUL RIDZUAN.
(b) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terakhir dikepilkan.
(c) Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat atau nombor telefon bimbit yang diberikan. Bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya
Muat turun
Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini
Post a Comment