All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Terengganu

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

Personel MySTEP Gred 41

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

Jobs Overview

  • Taraf Personel MySTEP
  • Gaji RM2,100
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup December 20, 2024
  • Lokasi penempatan Putrajaya

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP Gred 41 (Setaraf Ijazah)
Gaji : RM2,100.00 sebulan (Kelulusan Sarjana Muda)
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
Penempatan : Bahagian Pembangunan Ekosistem Keusahawanan, KUSKOP, Putrajaya.

Tarikh tutup permohonan 20 Disember 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Syarat Kelayakan

1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Kemahiran dalam bidang khidmat pelanggan;

3. Kemahiran dalam menggunakan Microsoft Words, Excell dan Powerpoint;

4. Kemahiran dalam menganalisis data bagi mengetahui trend pelanggan; dan

5. Kemahiran interpersonal.

Tugasan

1. Membantu menyelaras permohonan cadangan usahasama yang diterima serta memberikan khidmat nasihat berkaitan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi.

(a) Mengenal pasti jenis usahasama yang dimohon daripada kertas cadangan.
(b) Mengadakan sesi pembentangan berhubung cadangan yang diterima bersama pihak-pihak yang berkaitan.
(c) Membantu menyediakan kertas pertimbangan dan surat maklum balas kepada syarikat melalui syor yang telah dipersetujui.

2. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat Kementerian atau di luar Kementerian berkaitan program pembangunan keusahawanan di bawah KUSKOP dan Agensi-Agensi seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

(a) Membantu persediaan untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat Kementerian atau di luar Kementerian berkaitan program pembangunan di bawah KUSKOP dan Agensi-agensi seperti yang diarahkan dari masa ke semasa.

3. Membantu menyelaras program-program keusahawanan seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

(b) Membantu dalam penyelarasan program-program keusahawanan.
(c) Menghadiri dan melaksanakan tugas sebagai urus setia sebelum, semasa dan selepas program berlangsung.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi di laman Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs. Sila ikuti panduan permohonan di MYFutureJobs di bawah.

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah sehingga 20 Disember 2024.

**Perhatian : Tarikh tutup permohonan yang dinyatakan adalah tidak arkurat dan tarikh tersebut hanya jangkaan dari pihak kami. Tarikh tutup permohonan akan ditutup sehingga pengisian jawatan tersebut dipenuhi. Harap maklum.

Cara Membuat Permohonan di MYFutureJobs
  1. Sila ke laman MYFutureJobs

  2. Kemudian sila ke Menu Bar dan klik Find Jobs

  3. Pada ruangan carian sila masukkan katakunci Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan tekan button Search

  4. Klik pada jawatan yang ingin dimohon.

  5. Tekan button Apply dan sila login atau daftar baru (bagi pemohon yang belum mendaftar) untuk membuat permohonan jawatan.

Post a Comment