Jawatan Kosong Fakulti Perubatan UKM
Pembantu Tadbir (P/O) N1
Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,352 – RM4,003
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup December 25, 2024
- Lokasi penempatan Kuala Lumpur
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Fakulti Perubatan UKM seperti berikut.1. Pembantu Tadbir (P/O) N1
Tarikh tutup permohonan 25 Disember 2024 (Rabu).
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) N1
Kumpulan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak [Tabung Aktiviti Penjanaan Fakulti Perubatan]
Jadual Gaji : Minimum (RM1,352.00 – RM4,003.00)
Elaun : Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Bantuan Sara Hidup
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia; dan
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,352.00); atau
d) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,408.40); atau
e) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,464.80); dan
f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
g) Mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian microsof office (word, excel, power point dan sebagainya).
Deskripsi Tugas
- Mempunyai kemahiran menjalankan sesi siaran langsung (Live streaming) serta menggunakan perisian yang berkenaan, mempunyai kemahiran teknikal, menguruskan sistem audio dan visual, mempunyai kemahiran merakam video (Korporat, promo, dsb) serta mampu membuat suntingan video asas dan mempunyai kemahiran mengendalikan Dron.
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
Calon-calon yang berminat serta berkelayakan seperti syarat yang ditetapkan diatas hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui google form (sila kepautan yang diberikan di bawah).
Tarikh tutup permohohnan adalah pada 25 Disember 2024 (Rabu).
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Jika calon tidak menerima sebarang maklumat selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan, calon dianggap gagal melepasi saringan pertama.
Permohonan
Permohonan jawatan secara online disini
Post a Comment