Jabatan Kesihatan W.P Kuala Lumpur dan Putrajaya
Jabatan Kesihatan W.P Kuala Lumpur dan Putrajaya
Jobs Overview
- Gender Lelaki
- Taraf Personel MySTEP
- Gaji RM1,900
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup Desember 13, 2024
- Lokasi penempatan Kuala Lumpur / Putrajaya
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Kesihatan W.P Kuala Lumpur dan Putrajaya. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Jabatan Kesihatan W.P Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagaimana berikut.1. Personel MySTEP Pereka Grafik / Multimedia
Tarikh tutup permohonan 13 Disember 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : W.P Kuala Lumpur & Putrajaya
Sektor : Badan Berkanun/ Kerajaan
Butiran Jawatan
Jawatan : Personel MySTEP Pereka Grafik / Multimedia
Jabatan : Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Teknologi Maklumat
Taraf Jawatan : Kontrak/ Personel MySTEP
Gaji / kemudahan : RM 1900/bulan (termasuk caruman KWSP dan PERKESO) Cuti rehat / cuti sakit
Kriteria Calon
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. Kelayakan Akademik:
Sekurang - kurangnya Diploma dalam bidang Seni Reka Grafik / Multimedia/ Teknologi Kreatif yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
iv. Terbuka kepada calon LELAKI sahaja.
Fungsi Bidang Tugas dan Keperluan
1. Mereka bentuk infografik berkaitan pemakanan dan kesihatan.
2. Membuat suntingan video pendek / grafik / motion graphic / montaj dan yang berkaitan.
3. Membuat hantaran informasi di laman medial sosial yang berkaitan.
4. Membantu kerja-kerja pengumpulan data (data collection), pembersihan data (data cleaning) dan verifikasi data (data verification).
5. Berkemahiran dalam penggunaan Microsoft Word / Excel / Power Point / Adobe / Canva / dan lain-lain berkaitan.
6. Membantu pegawai dalam program dan aktiviti Jabatan yang berkaitan.
7. Membantu pegawai dalam urusan pengurusan pejabat.
8. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume berserta gambar terkini ke emel : asyraf.moh@gmail.com selewat-lewatnya 13 Disember 2024 (Jumaat).
Catatan Am
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 1 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Post a Comment