Jawatan Kosong Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS)
Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM2,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup December 17, 2024
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM sebagaimana berikut.1. Pembantu Keselamatan KP1
Tarikh tutup permohonan 17 Disember 2024 (Selasa).
Lokasi penempatan : HSAAS UPM, Selangor.
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Pembantu Keselamatan Gred KP1
Kumpulan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Terma Lantikan : Sepenuh Masa
Gaji Pokok : RM1,500.00
Elaun
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Bayaran Insentif Sara Hidup : RM350.00
Syarat Lantikan
1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
atau
ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau
Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
2) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;
iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
3) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset Kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis Kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
Cara Memohon
1) Permohonan jawatan perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan atas talian (pautan Google Form mengikut jawatan) yang boleh dicapai melalui pautan yang diberikan di bawah.
2) Calon dikehendaki memuat naik dokumen seperti berikut di dalam Google Form:
- Borang Permohonan Jawatan (Pelaksana) beserta Gambar terbaru berukuran pasport; dan
- Dokumen sokongan berdasarkan kepada Senarai Semak Temu Duga yang dilampirkan.
4) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup iklan tidak akan diproses.
5) Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
6) Sebarang pertanyaan, mohon hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia di job_hsaas@upm.edu.my atau 03-9769 9055/9056/9072/9073.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Disember 2024 (Selasa).
Muat turun dan permohonan
Post a Comment