Semakan Status Bantuan Musim Tengkujuh RM800
SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800
Bagaimanakah semakan status bantuan musim tengkujuh RM800 terbaru? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
APA ITU BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Bantuan Musim Tengkujuh adalah merupakan sebuah bantuan di bawah RISDA yang disalurkan pada musim tengkujuh bagi membantu rakyat yang memiliki kebun getah atau tanaman lain yang berdaftar di bawah RISDA yang berada di kawasan terjejas pada musim tengkujuh.BERAPAKAH AMAUN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH TERBARU 2024
Pada tahun 2024 ini, kadar amaun Bantuan Musim Tengkujuh telah dinaikkan sehingga berjumlah RM800 kepada setiap individu yang layak berbanding tahun lalu hanya disalurkan sebanyak RM600 sahaja bagi setiap individu.BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800 TERBARU 2024
Pihak RISDA akan membayar Bantuan Musim Tengkujuh kepada penerima yang layak secara ansur berperingkat melalui proses transaksi atas talian (Elektronic Fund Transfer (EFT)) terus ke akaun bank penerima yang aktif mengikut nombor akaun yang telah didaftarkan.BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800 TERBARU 2024
Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh yang bernilai RM800 akan dibayar secara ansur berperingkat selama empat (4) bulan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :- November : RM200;
- Disember : RM200;
- Januari : RM200;
- Februari : RM200.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800 TERBARU 2024
Cara Semakan Status Bantuan Musim Tengkujuh RM800
-
Layari laman rasmi di sini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/permohonan-bmt.
-
Halaman utama akan dipaparkan.
-
Klik pada butang [Log Masuk].
-
Masukkan nombor kad pengenalan / ID.
-
Kemudian, masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
-
Klik pula pada butang [Log Masuk] di bawah.
-
Bahagian maklumat pengguna akan dipaparkan.
-
Seterusnya, klik pada [Semakan Status Permohonan].
-
Status penerima yang layak akan dipaparkan.
-
Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi RISDA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :Talian Hotline : 03-425 64 022
Laman Bantuan : https://helpdesk.risda.gov.my/.
Post a Comment