All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah

Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah

Jobs Overview

  • Taraf Personel MySTEP
  • Gaji RM2,100
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup Desember 09, 20214
  • Lokasi penempatan Putrajaya

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah sebagaimana berikut.

1. MySTEP Gred 41
Gaji : RM2,100.00 sebulan (Kelulusan Sarjana Muda)
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
Penempatan : Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti Aras 28, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah W.P. Putrajaya.

Tarikh tutup permohonan sehingga 09 Disember 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Syarat Kelayakan

1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Mempunyai penguasaan dalam menggunakan perisian Microsoft Office terutamanya Powerpoint dan Excel.

3. Mempunyai kreativiti yang tinggi, proaktif dan inovatif dalam persembahan data dan maklumat dalam bentuk grafik.

4. Mempunyai kebolehan melaksanakan kerja-kerja di luar pejabat (outstation/ lawatan & penilaian tapak/ pameran).

5. Mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal dan analitikal serta berkemahiran dalam menyelesaikan masalah.

Tugasan

1. Membantu menyelaras, melaksana dan memantau berkaitan program pembangunan ekonomi komuniti Kementerian.

2. Melaksanakan arahan dari semasa ke semasa melibatkan fungsi Unit Desa Lestari.

Cara Memohon

Calon yang berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menghantar dokumen-dokumen berikut sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 9 Disember 2024 (Isnin) jam 5.00 petang:

1. Bagi calon yang berminat dan berkelayakan hendaklah mengemukakan Resume terkini yang ringkas dan padat berserta gambar berukuran pasport;

2. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui e-mel ke : norhayati.ismail@rurallink.gov.my dengan catatan PERMOHONAN JAWATAN PERSONEL MYSTEP DI BAHAGIAN PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI, KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH

HANYA CALON YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIPANGGIL UNTUK MENGHADIRI TEMU DUGA.

Post a Comment