All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Jobs Overview

  • Taraf Personel MySTEP
  • Gaji RM1,900
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup Desember 12, 2024
  • Lokasi penempatan Putrajaya

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysiasebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP Gred 29 (Juruvideo)
2. Personel MySTEP Gred 29 (Pereka Grafik)

Kelayakan : Diploma ataf setaraf dengannya.
Gaji : RM1,900.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO.

Tarikh tutup permohonan sehingga 12 Disember 2024.
Lokasi penempatan : Putrajaya
Sektor : Kerajaan/ Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui MYFutureJobs , sila ikuti panduan di bawah.

2. Pemohon hendaklah mengemukakan resume terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik (Sijil SPM/Transkrip/Skrol Diploma/Ijazah) dan salinan sijil vaksinasi melalui emel kepada : mohonkerja@esyariah.gov.my sebelum atau pada 12 Disember 2024. Sila nyatakan jawatan yang dimohon.

3. Alamat untuk surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon pemohon untuk dihubungi hendaklah tepat, terkini dan masih aktif.

4. Graduan yang baru menamatkan pengajian dan sedang mencari pengalaman kerja serta memenuhi syarat-syarat ditetapkan di atas dialu-alukan untuk memohon kekosongan jawatan ini.

5. Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

6. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang pemakluman selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup maka permohonan dianggap tidak berjaya.

7. Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada:

Seksyen Perkhidmatan dan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
No. Telefon : 03-8870 9530/9543/9542

HANYA CALON YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA.

Cara Membuat Permohonan di MYFutureJobs
  1. Sila ke laman MYFutureJobs

  2. Kemudian sila ke Menu Bar dan klik Find Jobs

  3. Pada ruangan carian sila masukkan katakunci Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan tekan button Search

  4. Klik pada jawatan yang ingin dimohon.

  5. Tekan button Apply dan sila login atau daftar baru (bagi pemohon yang belum mendaftar) untuk membuat permohonan jawatan.

Post a Comment