Pengambilan Terkini Guru MARA Gred DG41

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Job Overview

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM 2,188 - RM 9,552
  • Lokasi: Seluruh Malaysia
  • Dikemaskini pada:
  • Tarikh tutup permohonan: 2024-08-23
Jawatan kosong terkini di Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai warga pendidik di Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Tarikh tutup permohonan 23 Ogos 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor: Badan Berkanun

Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Gred Jawatan : DG41
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji Minimum - Maksimum : RM2,188.00 - RM9,552.00
Penempatan : Institusi-institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta sebarang pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

Bidang/ Subjek

i. Bahasa Inggeris
ii. Bahasa Melayu
iii. Bimbingan dan Kaunseling
iv. Biologi
v. Fizik
vi. Geografi
vii. Herba dan Hasilan Semula Jadi
viii. Keusahawanan
ix. Kimia
x. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
xi. Kejuruteraan Mekanikal
xii. Kewangan dan Perbankan Islam
xiii. Matematik
xiv. Media
xv. Pendidikan Islam
xvi. Pendidikan Islam (Tahfiz)
xvii. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
xviii. Pengajian Malaysia
xix. Pengurusan Perniagaan
xx. Perakaunan
xxi. Psikologi
xxii. Reka Bentuk dan Teknologi
xxiii. Reka Bentuk Grafik
xxiv. Sains Kejuruteraan
xxv. Sains Komputer
xxvi. Sejarah
xxvii. Seni Reka

Syarat Lantikan

1. Warganegara Malaysia;

2. Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

4. Kelayakan lantikan ke Gred DG41 secara kontrak :

i. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau
ii. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau
iii. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
iv. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
v. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
vi. Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98); atau
vii. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60).

5. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi luar negara juga boleh memohon jawatan ini jika kelayakan akademik tersebut diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Semakan pengiktirafan kelayakan akademik boleh dibuat melalui laman web berikut :

i - https://www2.mqa.gov.my/mqr/ ; atau

ii - https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

6. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat;

7. Pemohon yang memohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;

8. Pemohon perlu memiliki tubuh yang sihat serta tiada rekod kesihatan mental;

9. Pemohon turut aktif dalam kegiatan kokurikulum;

10. Pemohon perlu memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon); dan

11. Pemohon adalah bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dadah.

Cara Memohon

1. Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang / subjek yang diiklankan;

2. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web MARA (sila kepautan yang diberikan di bawah.

3. Permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sah sahaja akan diterima. Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak; dan

4. Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat-maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.

Kaedah Pelaksanaan

1. Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat telah ditetapkan sahaja akan diproses;

2. Permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kriteria telah ditetapkan, mengikut kelayakan pengkhususan ijazah menepati bidang / subjek yang dipohon. Permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Center);

3. Pemohon yang lulus proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre) akan ditawarkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara kontrak. Mereka hendaklah setuju dan patuh pada syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran berserta pindaan dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia;

4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pendidikan. Program ini akan dikendalikan oleh MARA bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan;

5. Hanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bertaraf kontrak yang telah menamatkan secara jayanya Program Diploma Pendidikan atau memperolehi ikhtisas pendidikan sahaja akan dipertimbangkan untuk pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41; dan

6. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh di-e-mel ke: urusetiauppbsm.ppp@mara.gov.my

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini

Lokasi kerja

Post a Comment