Jawatan Kosong PERHILITAN Ogos 2024

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)

Job Overview

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM 2,084 - RM 9,618
  • Lokasi: Semenanjung Malaysia
  • Dikemaskini pada:
  • Tarikh tutup permohonan: 2024-08-01
Jawatan kosong terkini di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) seperti berikut.

1. Pegawai Penyelidik Gred Q41
2. Pegawai Hidupan Liar Gred G41

Tarikh tutup permohonan 01 Ogos 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : Semenanjung Malaysia
Sektor : Badan Berkanun

1. Pegawai Penyelidik Gred Q41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji Min - Maks : RM2,315.00 - RM9,618.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66); atau
(iii) ijazah sarjana muda kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44); atau
(iv) ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,730.00); atau
(v) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau
(vi) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

2. Pegawai Hidupan Liar Gred G41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji Min - Maks : RM2,084.00 - RM9,551.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah sarjana muda sains dalam bidang zoologi, biologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,084.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang zoologi, biologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,288.16); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 01 Ogos 2024 (Khamis), jam 11.59 malam.

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online disini

Lokasi kerja

Post a Comment