All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong UiTM Negeri Sembilan 2025

Pustakawan Gred S9

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM2,250 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup March 18, 2025
  • Lokasi penempatan Negeri Sembilan

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau sebagaimana berikut.

1. Pustakawan Gred S9

Tarikh tutup permohonan 18 Mac 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : UiTM Negeri Sembilan
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pustakawan Gred S9
Taraf : Kontrak
Gaji Min - Maks : RM 2,250.00 - RM 11,110.0

Syarat Kelayakan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00); atau
(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,020.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pustakawan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pustakawan Gred S9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau

(b) Had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara-Cara Membuat Permohonan

a. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan (sila kepautan yang diberikan di bawah).

b. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di dalam sistem Pengambilan UiTMCNS dengan bayaran RM10.00 bagi setiap nombor pin untuk setiap satu jawatan yang dimohon.

c. Sekiranya anda terpilih untuk ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga adalah terbatal. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:

i. Borang Permohonan
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Kelahiran
iv. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
v. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
vi. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
vii. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji
viii. Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
ix. Dokumen berkaitan yang dipohon

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah tidak berjaya.

e. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

f. TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 18 MAC 2025 (SELASA).

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di sini.

Alamat:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS KUALA PILAH,
72000, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
No. Tel:+(606)-483 2100 / 483 2210/ 483 2207
Email: gpentadbirancns@uitm.edu.my

Pautan

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini

Post a Comment