Jawatan Kosong UNIMAS Jun 2024

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Job Overview

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM 1,350 - RM 7,500
  • Lokasi: Sarawak
  • Dikemaskini pada:
  • Tarikh tutup permohonan: 2024-06-14
Jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Teknologi Maklumat F41
2. Jurutera J41
3. Pegawai Penyelidik Q41/43/47/51/53
4. Penolong Pegawai Tadbir N29
5. Ahli Muzik B19
6. Pembantu Keselamatan KP19
7. Pengawal Keselamatan KP11

Tarikh tutup permohonan 14 Jun 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : UNIMAS Sarawak
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online di eRecruitUNIMAS pada pautan yang diberikan di bawah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Jun 2024 (Jumaat).

Keterangan Am

A. Makluman Ujian Tapisan Memasuki Perkhidmatan dan/atau Temuduga Pemohon yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menjalani ujian/proses tapisan yang akan ditetapkan oleh UNIMAS (jika perlu) sebelum dipanggil ke sesi temuduga.

Pemohon tidak perlu menghantar sebarang dokumen sehingga dipanggil untuk menghadiri ujian tapisan/temuduga (disenarai pendek) tetapi perlu memuatnaik kesemua sijil-sijil berkaitan mengikut keperluan eRecruitUNIMAS seperti berikut:

1) Kad Pengenalan;
2) Sijil Kelahiran;
3) Sijil-sijil akademik yang berkenaan beserta transkrip;
i. PMR/SRP/setaraf;
ii. SPM/setaraf;
iii. STPM/Setaraf;
iv. Diploma;
v. Ijazah Sarjana Muda;
vi. Ijazah Sarjana; dan
vii. PhD (Doktor Falsafah).
4) Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan.
5) Resume.

Kegagalan untuk memuatnaik sijil-sijil akademik/sijil berkaitan seperti pada para (A.1 hingga A.5) di atas dianggap tidak melengkapkan permohonan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

B. Makluman Lain

Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas empat (4) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di talian 082-58 1139/1100/ 2337 atau emel ke hcms@unimas.my

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan di eRecruitUNIMAS secara online disini

Lokasi kerja

Post a Comment
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI