Jawatan Kosong IYRES Jun 2024

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Job Overview

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM 1,549 - RM 4,500
  • Lokasi: Putrajaya
  • Dikemaskini pada:
  • Tarikh tutup permohonan: 2024-06-14
Jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sebagaimana berikut.

1. Penolong Eksekutif Teknologi Maklumat Gred FA29

Tarikh tutup permohonan 14 Jun 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : IYRES Putrajaya.
Sektor : Badan Berkanun

Maklumat Jawatan

Jawatan dan Gred : Penolong Eksekutif Teknologi Maklumat Gred FA29
Penempatan : Unit Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Aras 10, Menara KBS, Putrajaya
Kadar Upah : Gaji Minimum Gred FA29: RM1,549.00
Bilangan Kekosongan : Satu (1) kekosongan

Kelayakan/ Keutamaan

1. Mempunyai sijil dalam bidang berikut:

(i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iv) Diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Deskripsi Tugas
  • Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam Programming Languange dan Database Languange terutamanya PHP, dan MySQL;
  • Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam Content Menagement System (CMS) seperti Joomla dan WordPress.
  • Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam pembangunan sesebuah sistem/ aplikasi;
  • Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam mengendali dan mengurus rangkaian dan server-server bagi sistem-sistem IYRES;
  • Mempunyai kemahiran dalam menyediakan bahan-bahan infografik;
  • Mempunyai kemahiran dalam menyedia, mengendali dan menyelenggara peralatan ICT;
  • Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa.
Cara Memohon

(a) Calon-calon yang berminat memohon jawatan boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
  • Resume;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Diploma/Ijazah Sarjana Muda;
  • Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan);
  • Salinan sijil-sijil ko-kurikulum; dan
Borang permohonan perjawatan (KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN)

(b) Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).

(c) Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:
  • Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan;
  • Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan.
(d) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.

(e) Permohonan melalui e-mel adalah TIDAK DITERIMA;

Permohonan secara bercetak perlu dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P PUTRAJAYA
u.p. Unit Pengurusan dan Sumber Manusia

(f) Tarikh Iklan : 4 Jun 2024 hingga 14 Jun 2024

(g) Tarikh Tutup Permohonan : 14 Jun 2024 (sebelum jam 12.00 tengah hari)

Catatan Am

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad; dan

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Tempoh sahlaku permohonan adalah selama tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan.

Lokasi kerja

Post a Comment
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI