Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2025
Pegawai Undang-Undang Gred L9
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM2,250 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup March 17, 2025
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagaimana berikut.1. Pegawai Undang-Undang Gred L9
Tarikh tutup permohonan 17 Mac 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : UKM Bangi, Selangor.
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Pegawai Undang-Undang Gred L9
Gaji Min - Maks : RM2,250.00 - RM11,110.00
Elaun
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) - RM300
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - RM300
Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) - RM300
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) - RM165
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L9: RM2,580.00); atau
(ii) Sijil Amalan Guaman.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L9: RM2,580.00); atau
(iii) Barrister-at-law-England.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L9: RM2,580.00); atau
(iv) Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L9: RM2,580.00).
(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Cara Memohon
a) Calon-calon yang berminat hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui Sistem pengurusan Permohonan Jawatan UKM (sila kepautan yang diberikan di bawah).
b) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
c) Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk Ujian Tapisan Kompetensi Pelantikan Kakitangan UKM dan temuduga.
d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Pautan
Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
Post a Comment