Jawatan Kosong Tourism Malaysia Jun 2024

Tourism Malaysia
Tourism Malaysia

Job Overview

  • Taraf jawatan: Tetap/ Kontrak
  • Gaji: RM 1,450 - RM 4,500
  • Lokasi: Putrajaya
  • Dikemaskini pada:
  • Tarikh tutup permohonan: 2024-06-10
Jawatan kosong terkini di Tourism Malaysia 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan secara pelantikan Tetap / Kontrak (Interim) selama 3 tahun di Tourism Malaysia sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Iklan dan Syarat Tarikh Tutup
1. Pegawai Ehwal Ekonomi E41 Muat turun 10 Jun 2024
2. Pegawai Pelancongan E29 Muat turun
3. Penolong Pegawai Tadbir N29 Muat turun
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Muat turun

Perhatian! Untuk melihat butiran penuh jadual diatas, sila skrol atau swipe ke kiri.

Tarikh tutup permohonan 10 Jun 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : Pejabat TM Wilayah/  Ibu Pejabat, Putrajaya.
Sektor : Badan Berkanun

Iklan dan Syarat Permohonan

Untuk melihat iklan dan syarat-syarat permohonan sila klik pada pautan jadual diatas.

Arahan Dan Cara Memohon

a) Permohonan adalah secara dalam talian melalui HR Management System.

Berikut adalah panduan bagi memohon :
  1. Log in dipautan : https://hr.tourism.gov.my/apps/recruitment/registration

  2. Daftar pengguna > tetapkan kata laluan > aktifkan akaun (semak e-mel untuk link pengaktifan akaun) > pilih menu Public Login

  3. Log masuk > pilih menu Resume > lengkapkan Resume > memuat naik dokumen-dokumen berdasarkan senarai semak yang dikemukakan

  4. Pilih jawatan yang ingin dimohon.


b) Gambar yang dimuat naik hendaklah menggunakan gambar passport terkini. Selain daripada gambar passport tidak dibenarkan.

c) Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan jabatan/agensi Kerajaan perlu menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am, Bab ‘A’. Salinan surat tersebut boleh dimuat naik bersama dokumen-dokumen lain semasa membuat permohonan.

d) Bagi pemegang Diploma daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon boleh melayari laman web https://www2.mqa.gov.my/esisraf/

e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Jun 2024 (Isnin).

Catatan Am

a) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi.

b) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah dianggap tidak berjaya.

c) Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada: pelantikan@tourism.gov.my

Lokasi kerja

Post a Comment
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI