Jawatan Kosong Sabah Parks 2025
Renjer Taman Gred N1
Taman-Taman Sabah (Sabah Parks)

Jobs Overview
- Taraf Sambilan
- Gaji RM69.23 Sehari
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup February 03, 2025
- Lokasi penempatan Sabah
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Taman-Taman Sabah (Sabah Parks) 2025. Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Sambilan di Sabah Parks sebagaimana berikut.1. Renjer Taman Gred N1
Taraf : Sambilan
Kekosongan : 11 Kekosongan
Gaji : RM69.23 sehari
Tarikh tutup permohonan 03 Februari 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : Semua Stesen Sabah Park
Sektor : Badan Berkanun
Syarat Lantikan
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
1. Warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Berkelayakan akademik:
a. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan keputusan Sijil SPM sekurang-kurangnya:
i. Sijil Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau,
ii. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
iii. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
4. Kriteria Tambahan:
i. Berkebolehan menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word dan Excel;
ii. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
Tugas dan Tanggungjawab
Bertanggungjawab membantu penguatkuasaan enakmen dan peraturan-peraturan Taman-Taman Sabah. Membuat rondaan dan pemantauan di kawasan Taman dan sekitar sempadan Taman bagi mengawal aktiviti pencerobohan. Menyelaras dan melaksanakan penyelenggaraan sempadan. Memantau aktiviti-aktiviti pelancong atau penyelidik dalam kawasan taman. Menyelaras dan menyelenggara kemudahan pelancongan. Menyelaras kerja-kerja pemuliharaan dan pengindahan Taman.
Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem e-kerjaTTS yang boleh diakses melalui laman web rasmi Taman Taman Sabah, sila kepautan yang diberikan di bawah.
2. Permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran Passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan Sijil-Sijil Persekolahan berserta transkrip akademik.
3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 03 Februari 2025 (Isnin).
Maklumat Tambahan
1. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima pada tarikh tutup iklan akan ditolak.
2. Pemohon tidak perlu meminta sokongan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan berhubung permohonan jawatan ini. Surat sokongan hanya perlu diberikan oleh Ketua Jabatan/Majikan di mana pemohon sedang bertugas.
3. Hanya calon yang telah disenarai pendek dan layak sahaja akan dimaklumkan untuk menghadiri Ujian Kecergasan Fizikal dan temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
Pautan
Iklan dan permohonan jaatan secara online disini
Post a Comment