Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024

Lembaga Getah Malaysia (LGM)
Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Job Overview

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM 5,161 - RM 11,690
  • Lokasi: Kuala Lumpur
  • Dikemaskini pada:
  • Tarikh tutup permohonan: 2024-06-24
Jawatan kosong terkini di Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Penempatan Tarikh Tutup
1. Akauntan WA48 Kontrak Kuala Lumpur 24 Jun 2024

Perhatian! Untuk melihat butiran penuh jadual diatas, sila skrol atau swipe ke kiri.

Tarikh tutup permohonan 23 Jun 2024 (Ahad).
Lokasi penempatan : LGM Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Akauntan Gred WA48
Taraf jawatan : Kontrak
Gaji min - maks : RM5,161.00 - RM11,690.00

Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Syarat Lantikan

a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b) Lulus peperiksaan akhir Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
c) Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia; dan
d) Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM.

Keutamaan

Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kriteria seperti berikut :

a) Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.00 dalam bidang yang diperlukan di peringkat ijazah Sarjana Muda;
b) Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan salah satu mata pelajaran berkaitan Sains di peringkat SPM/SVM;
c) Mempunyai pengetahuan dalam piawaian perakaunan MPSAS atau MFRS dan penyatuan akaun kumpulan;
d) Berpengalaman sekurang-kurangnya 7 tahun dalam pelaporan kewangan; dan
e) Teliti, boleh melaksanakan tugas berdasarkan tarikh akhir (deadline) yang ketat serta mampu multitasking.

Deskripsi Tugas

a) Menyediakan laporan pengurusan, laporan kewangan, pengiraan cukai pendapatan, penyatuan akaun kumpulan dan penyata kewangan berkanun bagi tujuan pelaporan dalaman dan luaran;
b) Berhubung dengan juruaudit luar/dalaman dan pihak-pihak lain untuk memastikan pematuhan terhadap semua perkara yang berkaitan dengan audit, cukai dan keperluan berkanun;
c) Menganalisa varian dan melaporkan justifikasi kepada pengurusan; dan
d) Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang secara atas talian melalui pautan yang diberikan di bawah.
2. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di atas untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.
3. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LGM.
4. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini semasa permohonan dibuat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 JUN 2024.

Catatan Am

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Walau bagaimanapun, Pengurusan Tertinggi LGM berhak untuk mengecualikan mana-mana syarat lantikan yang telah ditetapkan.
2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pembangunan Sumber Manusia / Seksyen Perjawatan di talian 03-9206 2000:

i. Cik Nur Hafizah binti Mohd Arifin/ Cik Nur Fa’iqah binti Jasmi (ext : 2205)
ii. Encik Haszrul Naim bin Abdul Halim (ext : 2204)

Permohonan jawatan secara online melalui google form disini

Lokasi kerja

Post a Comment
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI