Jawatan Kosong Jabatan Premier Sarawak 2024

Jabatan Premier Sarawak
Jabatan Premier Sarawak

Job Overview

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM 1,350 - RM 3,500
  • Lokasi: Sarawak
  • Dikemaskini pada:
  • Tarikh tutup permohonan: 2024-06-04
Jawatan kosong terkini di Jabatan Premier Sarawak 2024. Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak mempelawa warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Jawatan Berasaskan Caruman di pelbagai jabatan sebagaimana berikut.

1. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19
2. Pembantu Kemahiran H19
3. Pembantu Akauntan W19
4. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
6. Pemandu Kenderaan H11
7. Pembantu Awam H11
8. Pembantu Operasi N11
9. Penghantar Notis N11

Tarikh tutup permohonan 04 Jun 2024 (Selasa).
Lokasi penempatan : Sarawak
Sektor : Kerajaan

Cara Memohon

Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui e-recruitment. Sarawak (sila kepautan yang diberikan di bawah) dan pemohon juga diwajibkan untuk memuat naik salinan sijil lahir, salinan Sijil Rendah Pelajaran(SRP)/Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)(yang mana berkaitan).

NOTA

Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan dimuat naik di dalam sistem e-recruitment.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Jun 2024.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini

SUK Sarawak

Post a Comment
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI