Jawatan Kosong Institut Sukan Negara (ISN)
Institut Sukan Negara (ISN)
Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM 1,300 - RM 3,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup Juni 10, 2024
- Lokasi penempatan Kuala Lumpur
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Institut Sukan Negara (ISN) 2024. Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Institut Sukan Negara (ISN) sebagaimana berikut.Bil. | Jawatan dan Gred | Iklan dan Syarat | Borang | Tarikh Tutup |
---|---|---|---|---|
1. | Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 | Muat turun | Muat turun | 10 Jun 2024 |
2. | Pemandu Kenderaan Gred H11 |
Tarikh tutup permohonan 10 Jun 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : ISN Kuala Lumpur.
Sektor : Badan Berkanun
Perhatian Kepada Pemohon
(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dan terkini dengan menyertakan SALINAN dokumen-dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
(i) Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Kelahiran;
(ii) Sijil-sijil kelayakan akademik termasuk skrol dan transkrip akademik terperinci (Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.);
(iii) Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji;
(iv) Penyata Gaji Terkini (jika bekerja); dan
(v) Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
(b) Permohonan yang tidak lengkap/ lewat / tidak memenuhi syarat TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
(c) Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja, akan dipanggil untuk temu duga. Calon yang dipanggil ke sesi TEMU DUGA perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada urus setia temu duga.
(d) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah mengganggap permohonan sebagai TIDAK BERJAYA.
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menghantar Borang Permohonan ISN yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan pada jadual diatas dan borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen yang dinyatakan diatas ke emel berikut :
Emel: kerjaya@isn.gov.my
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urus setia di talian:
Emel: kerjaya@isn.gov.my
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urus setia di talian:
03-89914532 (Pn. Chitra Devi Arumugam)
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 10 Jun 2024 (Isnin).
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 10 Jun 2024 (Isnin).
Post a Comment